SCROLL DOWN

Latar Belakang  KKBS Berhad


Kisah Koperasi Komuniti Bangi Selangor Berhad (KKBS Berhad) bermula daripada laman Facebook Bandar Baru Bangi Community Offical yang merupakan kumpulan komuniti yang bersetuju untuk menubuhkan sebuah platform koperasi selepas Facebook BBBC ditubuhkan pada 30 Disember 2020.

Facebook BBBC tersebut dimulakan hanya dengan beberapa individu sebagai peneraju dan kini telah mempunyai lebih 170 000 ahli dan berjaya berkerjasama dan menganjur dalam pelbagai aktiviti dan program menarik di sekitar kawasan Bangi. 

Kumpulan komuniti ini juga merupakan antara platform terbaik bagi warga Bangi dan sekitar untuk mempromosi barang perniagaan, maklumat terkini serta bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara yang dapat meningkatkan taraf kehidupan.


Semoga pelbagai jenis program dapat diadakan lagi pada masa akan datang sekaligus mengembangkan taraf ekonomi masyarat terutamanya di sekitar Bangi.

KKBS Berhad

Objektif Kami


PLATFORM YANG MEMBANTU

Boleh memberi manfaat kepada anggota dengan menjana keuntungan

MELAHIRKAN USAHAWAN

Melahirkan usahawan yang bersikap terbuka dan inovatif dalam perniagaan

MENINGKATKAN TARAF HIDUP

Memajukan lagi taraf hidup masyarakat ke hadapan dengan perniagaan

MENGERATKAN HUBUNGAN

Memberi peluang kepada para peniaga tempatan untuk mempromosikan produk



Daftar Ahli Koperasi

Yuran Pendaftaran RM200


Kelayakan :

  1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada komuniti Bandar Baru Bangi.
  2. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun.
  3. Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koperasi.
  4. Bukan seorang yang:-
    1. tidak upaya dari segi mental.
    2. bankrap yang belum dilepaskan.
    3. terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar.
    4. telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.


Daftar Sebagai Ahli

FAEDAH

Kelebihan Menjadi Anggota


KKBS Berhad


Tertubuhnya Koperasi Komuniti Bangi Selangor Berhad ini
diharapkan lebih banyak aktiviti dan faedah yang bakal diperoleh oleh seluruh ahli komuniti.

Ahli Lembaga Koperasi KKBS Berhad


Lihat Galeri Aktiviti

 


Hubungi

Hubungi Kami


Hubungi kami secara terus sekiranya anda miliki sebarang keraguan atau inginkan maklumat lanjut berkaitan dengan keanggotaan koperasi